MFL, FAM capai kata sepakat - Utusan Malaysia

MFL, FAM capai kata sepakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGERUSI Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) bertitah, pihaknya mencapai kata sepakat bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membentuk Badan Pengadilan Bebas menjelang musim baharu tahun depan.

MFL memutuskan tindakan tersebut bagi meningkatkan mutu pengadilan bola sepak negara dan bukannya untuk memperlekehkan kemampuan pengadil tempatan.

Menurut kenyataan rasmi Tun­ku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor di laman rasmi Facebook HRH Crown Prince of Johor mengesahkan bahawa FAM telah menerima cadangan tersebut dalam usaha meminimumkan kontroversi yang sering mewarnai Liga Malaysia (Liga M) sejak kebelakangan ini.

“MFL telah memutuskan untuk membentuk Badan Pengadilan Bebas bagi meningkatkan mutu pengadilan dan FAM turut sepakat untuk memulakannya menjelang musim bola sepak 2019,” titah baginda semalam.

Tindakan tersebut dilakukan ekoran kontroversi membabitkan beberapa keputusan penga­dil perlawanan final Piala Malaysia, Suresh Jayaraman Sabtu lalu yang memba­talkan dua jari­ngan Perak serta mela­yangkan dua kad merah, masing-masing kepada pemain skuad The Bos Gaurus (TBG), Gilmar da Silva dan pemain Terengganu Football Club I (TFC I), Lee Tuck.

Pada masa sama, MFL juga mempunyai perancangan untuk menghantar beberapa pengadil tempatan ke luar negara sebagai inisiatif untuk mempertingkatkan kredibiliti mereka selain mengadakan kerjasama bersama tenaga luar negara termasuk dari Jepun dan Eropah.

“Kami juga akan menghantar 25 pengadil baharu ke Jepun untuk meningkatkan kualiti pe­ngadilan seperti yang kita mahukan selama ini.

“Pengadil tempatan dan penga­dil luar negara dari Jepun, England dan beberapa negara lain bakal menjadi sebahagian daripada Badan Pengadilan Bebas ini.

“Pengadil-pengadil tempatan dan luar negara ini akan beker­jasama untuk meningkatkan mu­tu pengadilan.

“Perancangan juga sedang di­­lakukan untuk mengadakan kursus-kursus kepengadilan oleh bekas pengadil Liga Perdana England,” titah baginda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN