KAHERAH 11 Okt. – Mahkamah tentera Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap 17 pesalah atas kesalahan terlibat dalam beberapa kejadian pengeboman kereta dan gereja yang didalangi kumpulan Daesh. Seamai 19 orang lagi dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan 10 orang dihukum penjara antara 10 hingga 15 tahun. Kira-kira 74 orang maut dalam beberapa serangan pada tahun 2016 dan 2017 di Kaherah, Iskandariah dan bandar Tanta di Sungai Nil yang menyasarkan penganut agama Kristian Koptik. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya