“SAYA faham industri filem tempatan berpuak-puak. Tapi mengapa dalam menangani hal macam ini saya hanya keseorangan? Kenapa yang lain seperti kurang memberikan perhatian pada hal isu ini perlu dibanteras habis-habisan,” kata Syamsul Yusof sinis. Benar apa yang dikatakan oleh lelaki yang satu ini memandangkan isu penyebaran karya tanpa kebenaran semakin berleluasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jika dahulu mereka menggunakan cakera padat (CD) bagi menyebarkan filem tetapi sekarang situasinya berubah…










