“SUDAH berapa lama kamu dan keluarga tinggal di sini? Di Thailand, kamu berasal dari negeri apa? Adakah kamu boleh bertutur dalam bahasa Melayu?” Itu merupakan antara soalan yang sering ditanya secara berterusan kepada Umay Ilead, setiap kali dia memperkenalkan dirinya sebagai orang Siam ketika melanjutkan pengajian di ibu kota suatu ketika dahulu. Alah bisa tegal biasa, gadis berumur 25 tahun itu akan menjawab soalan yang ditanya oleh rakan-rakannya dengan ramah.…










