Menteri dan timbalan menteri perlu hadir jawab soalan - Utusan Malaysia

Menteri dan timbalan menteri perlu hadir jawab soalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof memutuskan bahawa menteri dan timbalan menteri perlu hadir bagi menjawab soalan yang dikemukakan kepada mereka ketika persidangan itu berlangsung.

Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof
Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof 

Keputusan itu dimaklumkan menerusi sidang Dewan Rakyat hari ini susulan ketiadaan wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjawab soalan lisan pada 25 Oktober lalu sehingga jawapan  kepada soalan nombor 13 daripada Ali Biju (PH-Seratok) dijawab oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin mewakili KDN.

Mohamad Ariff berkata, keputusan yang dibuat itu selaras dengan amalan dan konvensyen yang diamalkan di negara luar seperti United Kingdom (UK).

“Saya tegaskan menteri atau timbalan menteri yang dipertanggungjawab dengan hal-hal yang berkaitan jawatan serta urusan mereka perlu hadir menjawab soalan yang dikemukakan,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN