Menteri Besar Selangor sifatkan Gombak kawasan 'panas' - Utusan Malaysia

Menteri Besar Selangor sifatkan Gombak kawasan ‘panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyifatkan beberapa pertelingkahan di lokasi pengundian pemilihan PKR Cabang Gombak di Dewan Seri Siantan, dekat sini sebagai perkara biasa kerana Gombak adalah kawasan ‘panas’.

Meskipun tidak merujuk kepada mana-mana individu, bukan menjadi rahsia lagi yang Gombak merupakan kubu kuat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Saya berharap semua berkempen sebaik mungkin dan membawa visi masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Amirudin yang dilihat tiba kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu disambut oleh kedua-dua penyokong daripada kem Mohamed Azmin dan Rafizi Ramli dengan laungan supaya menyokong pemimpin pilihan masing-masing.

Beliau kemudian selesai  mengundi setengah jam kemudian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN