KUALA LUMPUR 21 Okt. – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyifatkan beberapa pertelingkahan di lokasi pengundian pemilihan PKR Cabang Gombak di Dewan Seri Siantan, dekat sini sebagai perkara biasa kerana Gombak adalah kawasan ‘panas’. Meskipun tidak merujuk kepada mana-mana individu, bukan menjadi rahsia lagi yang Gombak merupakan kubu kuat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR. “Saya berharap semua berkempen sebaik mungkin dan membawa visi…










