BEBERAPA minggu lalu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memberitahu bahawa bilangan kaunselor di kementeriannya akan ditambah untuk membantu menangani isu para guru yang dibelenggu stres pekerjaan. Terbaharu, semasa merasmikan pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail pula menzahirkan hasrat kerajaan meningkatkan bilangan kaunselor berdaftar kepada 11,000 orang menjelang tahun 2020. Realitinya, dalam arus pembangunan negara yang kian pesat, pelbagai masalah sosial dan kemasyarakatan mulai…










