Melaka naikkan had umur perkahwinan perempuan Islam kepada 18 tahun - Utusan Malaysia

Melaka naikkan had umur perkahwinan perempuan Islam kepada 18 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka memutuskan had umur perkahwinan bagi  perempuan Islam di negeri ini dinaikkan daripada 16 tahun kepada 18 tahun bagi melindungi keselamatan, kesihatan dan hak kanak-kanak di negeri itu, kata Ketua Menterinya, Adly Zahari.

Beliau berkata, had umur perkahwinan bagi lelaki islam serta perempuan dan lelaki bukan Islam adalah kekal pada 18 tahun, sehubungan itu pindaan dan penyeragaman had umur perkahwinan ini akan dilakukan penasihat undang-undang negeri.

Bagaimanapun katanya, bagi lelaki dan perempuan Islam berusia bawah 18 tahun dibenarkan berkahwin berdasarkan syarat yang ditetapkan Mahkamah Syariah manakala bagi pasangan bukan Islam perlu mendapat kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri.

“Perkara ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dan ia telah dipersetui di peringkat kerajaan Persekutuan. Kita di peringkat kerajaan negeri bersetuju dengan ketetapan berkenaan atas beberapa faktor khususnya kesihatan selain berpendapat usia 18 tahun itu sesuai bagi perempuan untuk berkahwin,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Bahagian II Perkahwinan Tahun 2002 Enakmen Undang-Undang Islam (Negeri Melaka) 2002 Seksyen 8 Umur Minimum Untuk Perkahwinan menetapkan tiada akad nikah di bawah enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN