MELAKA – Tiga pusat pemindahan banjir dibuka di Melaka berikutan hujan sederhana lebat berterusan dari pukul 6 petang semalam hingga 4 pagi ini yang turut mengakibatkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Effendy Ali berkata, tiga pusat pemindahan banjir yang dibuka itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bembam, Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin dan Balai Raya Kampung…










