Mehmet kekal bersama Perak - Utusan Malaysia

Mehmet kekal bersama Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 28 Okt. – Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mengesahkan jurulatih Mehmet Durakovic kekal bersama Perak musim depan setelah membawa pasukan itu menjulang Piala Malaysia semalam.

Presiden Pafa, Hasnul Zulkarnain Munaim berkata, malah secara lisan Mehmet telah memberikan persetujuan untuk terus mengemudi Perak musim depan.

“Sewaktu saya mengambil alih kepimpinan Pafa, saya berkata kepada Mehmet bahawa saya akan menyambung kontraknya jika dia berjaya membawa Perak ke final Piala Malaysia.

“Apabila menang sudah tentu kontraknya akan disambung malah secara lisan dia memberitahu akan kekal di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui ketika pulang dari Shah Alam bersama trofi Piala Malaysia yang dimenangi Perak semalam dengan mengalahkan Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 setelah terikat 3-3 hingga masa tambahan.

Lebih 100 penyokong Perak menyambut ketibaan trofi tersebut namun tidak disertai oleh para pemain.

Hasnul Zulkarnain mengulas mengenai khabar angin Mehmet akan menyertai Selangor pada musim depan.

Beliau turut menafikan Pafa akan mengurangkan gaji Mehmet.

“Mustahil gajinya diturunkan, sebab dia sudah bawa satu piala ke Perak, jadi mana mungkin kita potong gaji beliau,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN