Megawati hadir di majlis penganugerahan ijazah kehormat Anwar - Utusan Malaysia

Megawati hadir di majlis penganugerahan ijazah kehormat Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Ketua Umum Parti PDI Perjuangan yang juga bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri hadir pada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Negeri Padang (UNP), Indonesia hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berada di Padang bagi menerima anugerah doktor kehormat dari Universiti Negeri Padang (UNP) dalam bidang pendidikan politik.

Anwar hadir bersama tokoh sasterawan negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh dan Prof. Anwar Ridwan di samping Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) Dr. Muhammad Saleeh Rahamad serta Senator Yusmadi Yusoff.

anwar
Anwar Ibrahim (kiri) dan Megawati Soekarnoputri ketika hadir pada majlis penganugerahan ijazah kehormat Universiti Negeri Padang (UNP), Indonesia hari ini.- Gambar Detik.com

Memetik Detik.com. dalam ucapannya, Megawati yang merupakan presiden Indonesia kelima berkata, beliau dan Anwar mempunyai banyak persamaan iaitu perjalanan politik mereka tidak mudah.

“Bagi saya Datuk (Anwar) adalah seorang ahli akademik yang tidak pernah berhenti. Beliau nyata terus aktif dalam sebuah politik yang panjang. Saya yakin beliau meletakkan gelar akademis bukan untuk kebohongan politik, kebenaran politik harus dipertanggungjawabkan bukan hanya ilmiah tetapi etika dan moral,” kata Megawati. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN