SEREMBAN 31 Okt. – McDonald’s Malaysia menyumbang lebih RM300,OOO menerusi tiga inisiatif yang diumumkan hari ini bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan dan miskin tegar di negeri ini. Inisiatif tersebut ialah sumbangan zakat perniagaan, pelantikan individu daripada golongan asnaf untuk program perantisan McDonald’s dan penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’ untuk memulakan sesi pembelajaran tahun 2019. Majlis penyampaian inisiatif itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Razali Ab. Malik di Seremban…