MBSA rai bayi 10 Oktober - Utusan Malaysia

MBSA rai bayi 10 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAI. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan kunjungan ke Hospital Shah Alam untuk meraikan bayi yang dilahirkan pada tarikh 10 Oktober 2018 sempena ulang tahun bandar raya Shah Alam ke-18 baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata kunjungan tersebut amat bermakna sebagai tanda kesyukuran dan berkongsi kegembiraan bagi meraikan kelahiran bayi pada tarikh tersebut.

“Pada 10 Oktober 2000 iaitu 18 tahun yang lalu, MBSA telah dinaiktaraf daripada Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya.

“Pihak Majlis telah menyumbangkan hamper berupa kelengkapan bayi berharga RM100, dan juga wang tunai RM50 kepada bayi yang lahir pada tarikh berkenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN