SAUDARA PENGARANG,TERIMA kasih diucapkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana telah memangkas dahan-dahan pokok yang melindungi pandangan papan tanda petunjuk arah di Persiaran Damai, Seksyen 14, Shah Alam. Aduan mengenainya telah disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 29 September lalu dan gambar terkini yang saya ambil pada 2 Oktober lalu membuktikan MBSA telah mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut. Sudah tentunya para pelawat dari luar dan juga penduduk tempatan merasa lebih selesa dengan perkembangan baharu ini. KAMARUDDIN HASSAN Seksyen 8, Shah Alam
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya