MB rehat dua minggu selepas pembedahan - Utusan Malaysia

MB rehat dua minggu selepas pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 30 Okt. – Menteri Besar, Aminuddin Harun selamat menjalani pembedahan Jumaat lalu dan dijangka kembali bertugas dalam tempoh dua minggu.

AMINUDDIN HARUN
AMINUDDIN HARUN 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Razali Ab. Malik berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat itu kini sedang berehat di Hospital Serdang, Selangor.

“Menteri Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang mendoakan kesihatan beliau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aminuddin sebelum ini dilaporkan menjalani pembedahan akibat komplikasi jantung dan kini berada dalam keadaan stabil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN