SEREMBAN 31 Okt. – Keadaan kesihatan Menteri Besar, Aminuddin Harun, kini bertambah baik dan hari ini beliau telah dipindahkan ke wad biasa dari unit rawatan koronari (CCU).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Razali Ab. Malik berkata, dalam lawatan hari ini, beliau telah diberitahu oleh doktor bahawa Aminuddin bersemangat tinggi dan pulih dengan cepat.
“Beliau boleh duduk dan berjalan dalam wad,” katanya katanya dalam sidang akhabr selepas majlis penyampaian sumbangan sempena program komuniti McDonald’s Malaysia di Seremban 2, dekat sini hari ini.
Menurutnya, Aminuddin telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Serdang, Selangor pada Jumaat lalu dan dijangka kembali pulih dalam tempoh dua minggu.
“Menteri Besar menyampaikan ucapan terima kasih beliau kepada semua orang yang telah mendoakan kesihatan beliau,” katanya.
Aminuddin sebelum ini dilaporkan menjalani pembedahan akibat komplikasi jantung. – UTUSAN ONLINE











