MB menang Ketua PKR Cabang Tampin - Utusan Malaysia

MB menang Ketua PKR Cabang Tampin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 20 Okt. – Menteri Besar, Aminuddin Harun memenangi jawatan Ketua Cabang Tampin dalam Pemilihan PKR Negeri Sembilan hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi diterima pihak media, Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu mendapat 561 undi mengatasi penyandang jawatan sejak dua penggal lalu, Kapten (B) Zulkapli Kassim yang meraih 333 undi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Ismail Ahmad dan ADUN Sri Tanjung, M. Ravi masing-masing dipilih sebagai Ketua PKR Cabang Rasah dan Telok Kemang.

Di Rembau, muka baharu, R. Tanggam turut memenangi jawatan tersebut dalam pertandingan lima penjuru, manakala Dr. Ahmad Azam Hamzah menang tanpa bertanding Ketua PKR Cabang Seremban. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN