Mayweather mahu tunai hajat Khabib - Utusan Malaysia

Mayweather mahu tunai hajat Khabib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS – Juara welterweight Ultimate Fighting Championship (UFC), Tyron Woodley percaya pertarungan melibatkan Floyd Mayweather dan Khabib Nurmagomedov akan menjadi realiti biarpun ramai pihak mendakwa ia hanyalah gurauan daripada kedua-dua jaguh tersebut.

Menurutnya, dia telah bertemu Mayweather dan petinju tersebut mengakui peluang untuk pertarungan itu berlaku adalah 70 peratus.

Terdahulu, Khabib yang masih segar dengan kejayaan menumbangkan Connor McGregor telah melontarkan cabaran menerusi satu video yang di­siarkan di dalam laman Instagram milik Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Promosi Mayweather, Leonard Ellerbe.

“Hai Floyd, kita perlu bertarung. Dua lelaki yang masih belum tewas,” ucap Khabib dalam video berkenaan.

Cabaran tersebut seperti disambut oleh Mayweather yang turut memberikan res­pon di laman Instagram dengan menulis: “Inilah masanya. MGM Grand (gelanggang tinju di Las Vegas) bersedialah.”

Ketika situasi cabar mencabar itu hangat diperkatakan, Presiden UFC, Dana White tampil meredakan kea­daan sambil menyatakan bahawa masih belum ada perkembangan me­ngenai perancangan pertarungan kedua-dua jaguh berkenaan.

“Jangan terlalu mengharapkan. Pasukan Mayweather masih belum membuat sebarang tawaran yang rasmi. Khabib masih memiliki kontrak bersama UFC dan kami masih belum mengadakan perbincangan mengenai perkara ini.

“Floyd seorang yang bagus dalam memastikan namanya kembali bersinar,” katanya.

UFC sebelum ini pernah bekerjasama dengan kem Mayweather ketika merealisasikan impian pertarungannya bersama McGregor tahun lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN