KUALA LUMPUR 20 Okt. – Mayat seorang bayi lelaki ditemukan dalam keadaan menyayat hati di tempat letak kereta di sebuah flat di kawasan Jinjang di sini pagi tadi.
Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemukan oleh orang awam dibungkus dengan plastik.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, mayat bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
“Kami sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE









