KUALA LUMPUR – Penduduk di sebuah pangsapuri di Jinjang di sini dikejutkan dengan penemuan seorang mayat bayi lelaki dalam sebuah bungkusan plastik pada awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, bayi tersebut ditemui di kawasan meletak kenderaan di pangsapuri berkenaan.
“Mayat bayi itu kemudiannya telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur di sini dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan terhadapnya.
“Proses bedah siasat akan dijalankan terhadapnya,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit. – K! ONLINE









