SETIU 26 Okt. – Seorang penunggang maut apabila motosikalnya merempuh sebuah kereta di Kilometer 46, Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kampung Raja berdekatan Kampung Kolam, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa Asa’ari Musa, 53, dari Bandar Permaisuri meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, mangsa yang menunggang motosikal Honda dari arah Kampung Raja dikatakan sedang mencari chalet yang disewa hingga terlanggar bahagian belakang Perodua Axia yang diparkir di bahu jalan. “Akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh tetapi masih sedar namun 15 minit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya