PORT DICKSON 9 Okt. – Mohamad Sabu meminta pengundi memberi kemenangan besar kepada calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, beliau mahu pengundi keluar mengundi Sabtu ini dan berharap peratus mereka yang berbuat demikian mencecah 80 peratus. “Kalau dalam tiga PRK sebelum ini di Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong peratus keluar mengundi di bawah…









