KUALA LUMPUR – Empat ‘Mat Rempit’ ditahan polis menerusi Ops Samseng Jalanan kerana berlumba dan melakukan pelbagai aksi berbahaya di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang di sini awal pagi tadi.
Operasi yang bermula pada pukul 11 malam itu diketuai oleh Asisten Supritenden Leonard dari Unit Penguatkuasa dan Asisten Supritenden Ahmad Fuad Mahmod Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.
Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisiten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kesemua suspek dianggarkan berusia 19 hingga 32 tahun tersebut dikesan berlumba membabitkan laluan Sentul dan Gombak.
“Kesemua suspek ditahan kerana menunggang motosikal secara merbahaya dan dikesan mengubahsuai motosikal sehingga tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan.
“Keempat-empat mereka juga ditahan bagi membantu siasatan terhadap menunggang secara bahaya di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE










