Masyarakat perlu bekerjasama dengan polis banteras jenayah - Utusan Malaysia

Masyarakat perlu bekerjasama dengan polis banteras jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Polis Kelantan menyifatkan daerah Gua Musang sebagai kawasan tidak selamat bagi penjenayah untuk melakukan kegiatan mereka berikutan wujud kerjasama erat daripada masyarakat untuk melaporkan perkara itu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berharap pendekatan polis bersama masyarakat seperti itu diteruskan di samping anggota berkhidmat dengan penuh integriti.
 
Katanya, hasil kerjasama yang ditunjukkan setakat ini membuktikan kadar jenayah menurun.

“Walaupun daerah ini paling luas di Kelantan, namun soal jenayah boleh ditangani dengan baik kerana maklumat cepat diperolehi.
 
“Kalau nak ikutkan kawasan memang luas tetapi kita mempunyai penyusunan strategi yang teratur disamping ada maklumat daripada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada majlis tersebut beliau turut menyampaikan surat penghargaan kepada 20 individu termasuklah dua orang pengamal media di daerah ini.

Jelas Din lagi, daerah lain juga perlu ada kerjasama demikian kerana matlamat pihak polis untuk membanteras jenayah.
 
Katanya, semua 10 IPD di negeri ini tahun ini mempunyai indeks jenayah yang menurun berbanding tahun lepas kerana dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.
 
“Kadar jenayah menunjukkan penurunan kepada 483 kes di negeri ini setakat ini. Kita harap dapat diturunkan lagi ke tahap terendah sehingga akhir Disember.
 
“Bagaimanapun kita perlu mengakui beban tugas semakin mencabar untuk kita menyesuaikan dengan arahan yang dikeluarkan setiap masa,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini