ANKARA 25 Okt. – Turki hari ini menggesa Arab Saudi menjawab persoalan yang masih belum dijelaskan berhubung pembunuhan pengkritik negara itu, Jamal Khashoggi, seperti siapa yang mengarahkan pembunuhan dan apa yang berlaku ke atas mayat wartawan terbabit.
Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, terdapat persoalan masih perlu dijawab berhubung pembunuhan terancang itu dan menuntut Riyadh menjelaskan mengapa 18 orang individu ditahan berhubung jenayah tersebut.
“Di mana mayat Jamal? Anda mengaku mereka melakukannya namun mengapa mereka tidak mendedahkan kedudukan mayat itu?” kata Cavusoglu kepada media di sini.
Sementara itu, polis Turki sedang meneliti sampel air diambil dari sebuah telaga di konsulat Arab Saudi di Istanbul sebagai sebahagian siasatan terhadap pembunuhan Jamal. – AFP










