ISU kerosakan lif di kediaman bertingkat terutama yang melibatkan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan pangsapuri kos rendah di negara ini sudah menjadi sebahagian daripada lumrah yang terpaksa ditanggung penghuninya. Masalah yang membebankan penduduk terutama golongan warga emas, ibu mengandung dan pelajar sekolah itu seolah-olah masih tiada jalan penyelesaiannya. Di Melaka, rumah pangsa PPR Krubong yang baharu sahaja didiami penduduk dalam tempoh kurang dua tahun menjadi mangsa sikap lepas tangan pihak…










