Martial tiada masalah dengan Mourinho - Utusan Malaysia

Martial tiada masalah dengan Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Okt. – Anthony Martial menegaskan bahawa dia tidak berdepan sebarang masalah dengan pengendali Manchester United, Jose Mourinho.

Penyerang Perancis itu kini berjaya menjaringkan tiga gol dalam dua penampilan terakhir Liga Perdana Inggeris termasuk dua jaringan ketiga terikat seri 2-2 dengan Chelsea di Stamford Bridge.

Mourinho sebelum ini mengenakan hukuman kepada Martial kerana lewat menyertai pasukan untuk siri jelajah Amerika Syarikat sempena aksi pra-musim ekoran menyambut kelahiran anak keduanya.

Ejen Martial juga mendakwa bahawa pemain itu sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kelab, Jun lalu selepas gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama musim lalu menyebabkan namanya tidak disenaraikan dalam skuad Perancis untuk Piala Dunia.

Bagaimanapun, Martial yang bermain dalam enam daripada sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini menafikan dakwaan itu dengan menyatakan hubungannya dengan Mourinho berada dalam keadaan baik.

“Tiada sebarang masalah di antara kami.

“Kami ada hubungan jurulatih dengan pemain dan saya harap perkara itu dapat diteruskan dan memberikan kebaikan kepada Manchester United,” kata pemain berusia 22 tahun itu selepas tamat aksi menentang Chelsea.

Dua jaringan Martial dalam perlawanan itu dilihat hampir memberikan kemenangan kepada United namun dinafikan oleh jaringan Ross Barkley pada masa kecederaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN