MONTEGI, Jepun 21 Okt. – Pelumba Honda, Marc Marquez merangkul kejuaraan dunia MotoGP ketiga berturut-turut selepas merangkul kejuaraan di Jepun, sebentar tadi.
Bintang Sepanyol itu kini memiliki lima kejuaraan dalam perlumbaan kelas premier setanding legenda Australia, Mick Doohan.
Marquez memulakan perlumbaan di grid keenam di Montegi tetapi berjaya memintas seterunya dari Ducati, Andrea Dovizioso semasa pusingan ke-21 daripada 24 pusingan.
Pelumba Itali itu memerlukan kejuaraan di Jepun bagi menghidupkan peluang kejuaraan tetapi dipintas pada penghujung perlumbaan sekali gus melenyapkan impiannya.
Marquez disambut riang oleh pasukan mekaniknya selepas melepasi garisan perlumbaan untuk kemenangan kelapan musim ini sekali gus mengesahkan kejuaraan dunia tahun ini meskipun masih berbaki tiga perlumbaan musim ini.
Rakan sepasukannya, Cal Crutchlow menamatkan saingan di kedudukan kedua manakala Alex Rins daripada pasukan Suzuki mengatasi Valentino Rossi (Yamaha) untuk berada di kedudukan podium.
Marquez yang kini berusia 25 tahun mengekori Rossi yang berjaya merangkul tujuh kejuaraan dunia dengan kali terakhir pada 2009 dan Giacomo Agostini dengan lapan kejuaraan pada 1975.-AFP










