MONTEGI, Jepun 21 Okt. – Pelumba Honda, Marc Marquez merangkul kejuaraan dunia MotoGP ketiga berturut-turut selepas merangkul kejuaraan di Jepun, sebentar tadi. Bintang Sepanyol itu kini memiliki lima kejuaraan dalam perlumbaan kelas premier setanding legenda Australia, Mick Doohan. Marquez memulakan perlumbaan di grid keenam di Montegi tetapi berjaya memintas seterunya dari Ducati, Andrea Dovizioso semasa pusingan ke-21 daripada 24 pusingan. Pelumba Itali itu memerlukan kejuaraan di Jepun bagi menghidupkan peluang kejuaraan tetapi dipintas pada penghujung perlumbaan sekali gus melenyapkan impiannya. Marquez disambut riang oleh pasukan mekaniknya selepas melepasi garisan perlumbaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya