SHAH ALAM 14 Okt. – Selepas 10 hari bertarung nyawa, seorang mangsa letupan kedai dobi di Klang dua minggu lalu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh pagi ini. Mangsa yang berusia 43 tahun itu menghembus nafas terakhir pada pukul 8 pagi ini akibat kegagalan organ selepas menderita akibat melecur sehingga 73.5 peratus akibat insiden tersebut. Kejadian pada 4 Oktober itu turut mencederakan anak perempuan mangsa berusia…










