PUCHONG – Mangsa tragedi lemas di lombong, Mohd. Ilham Fahmi Mohd. Azam,17, mula berminat untuk memancing sejak sebulan lalu sebelum dia hilang dalam kejadian lemas semalam. Menurut ibu saudara mangsa, Norziana Saidin, 39, difahamkan dia keluar bersama-sama rakannya untuk memancing di lombong tersebut di Taman Putra Perdana di sini. “Sebelum ini, Mohd. Ilham biasanya hanya bermain bola sepak di padang berhampiran tetapi sejak akhir-akhir ini dia mula pergi memancing bersama…










