Malaysia, Vietnam akan terus jalin kerjasama akrab - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Malaysia, Vietnam akan terus jalin kerjasama akrab – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI – Malaysia dan Vietnam akan terus meningkatkan kerjasama yang sudah terjalin akrab selama 45 tahun, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, kedua-dua negara bersetuju untuk memberi perhatian dalam isu Laut China Selatan serta membantu antara satu sama lain sebagai negara anggota ASEAN.

“Vietnam mahu Laut China Selatan bebas daripada apa-apa unsur yang tidak baik dan kita akan bekerjasama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga melihat bagaimana hubungan dalam ASEAN itu membantu kita apabila ada kerenggangan atau masalah serta isu antara China dan Amerika Syarikat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan Vietnam, Nguyen Thi Kim Ngan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini