Malaysia tumpuan industri teknologi tinggi 2025 - Utusan Malaysia

Malaysia tumpuan industri teknologi tinggi 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kerajaan menjangkakan Malaysia akan menjadi satu daripada destinasi pilihan utama dalam industri berteknologi tinggi dan disenaraikan 30 tempat teratas Global Innovation Index menjelang 2025.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kejayaan itu adalah daripada kecekapan pelaksanaan dasar nasional Industri 4.0, Industry4WD yang baru dilancarkan.

Katanya, menerusi Industry4WD, kerajaan akan berperanan sebagai pemudah cara dalam memperkasakan ekosistem Revolusi Industri 4.0 manakala sektor industri pula perlu segera mengambil langkah dan mempercepatkan pelaksanaan dasar berkenaan.

“Saya mahu menjelaskan mengenai komitmen kerajaan dalam memastikan kejayaan polisi ini.

“Sebagai sebuah kerajaan pelaksana industri, saya berharap sektor industri akan terus dan mempertingkatkan kerjasama dengan kerajaan bagi memastikan kejayaan dasar Industry4WD ini,” katanya sewaktu menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran Industry4WD di Menara MITI di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN