Malaysia Tigers tewas tipis kepada Pakistan - Utusan Malaysia

Malaysia Tigers tewas tipis kepada Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Skuad hoki negara tewas tipis 0-1 kepada Pakistan dalam aksi terakhir liga sepusingan Trofi Juara-Juara Asia 2018 di Muscat, Oman, awal pagi tadi.

Kekalahan tersebut tidak menghalang Malaysia Tigers melangkah ke saingan separuh akhir selaku pasukan ketiga terbaik daripada enam pasukan selepas lima perlawanan berlangsung.

Dalam aksi separuh akhir Malaysia sekali lagi di jadual menentang lawan sama, Pakistan pada esok bagi memburu tempat ke saingan akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN