Malaysia terus desak laut China Selatan kekal bebas - Utusan Malaysia

Malaysia terus desak laut China Selatan kekal bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 21 Okt. – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata Malaysia akan terus mendesak supaya Laut China Selatan dikekalkan sebagai zon yang bebas daripada sebarang persaingan dan peningkatan ketenteraan.

Bercakap kepada Bernama, Mohamad berkata desakan itu akan terus dilakukan walaupun kuasa-kuasa besar Amerika Syarikat dan China memberi jaminan akan menjadikan laluan antarabangsa itu kawasan yang selamat.

Kebimbangan tercetus semula berikutan hampir berlaku perlanggaran dua kapal perang kedua-dua negara itu di Laut China Selatan pada 30 Sept lalu.

Katanya saranan untuk mengekalkan Laut China Selatan sebagai kawasan yang aman telah dilakukan sejak daripada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein sehinggalah sekarang di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita mahu negara-negara kuasa besar menghormati Laut China Selatan adalah kawasan aman dan berkecuali,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN