Malaysia perlu benam Pakistan - Utusan Malaysia

Malaysia perlu benam Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Kuasai kawalan serangan balas atau pulang dengan gigit jari.

Itu dua pilihan buat skuad hoki Malaysia Tigers yang selangkah ke saingan akhir kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2018 andai berjaya menewaskan Pakistan dalam aksi separuh akhir di Muscat, Oman, esok.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam ACT sejak diperkenalkan pada 2011 ialah di tempat ketiga sejak edisi pertama hingga 2016 di Kuantan, Pahang.

Semalam, rekod tanpa kalah Malaysia Tigers dicalarkan oleh Pakistan yang menang 1-0 sewaktu aksi terakhir liga sepusingan, sekali gus menyebabkan kedua-dua pasukan bertemu semula dalam separuh akhir antara naib juara (Pakistan) menentang Malaysia di tempat ketiga.

Jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans mahu Malaysia Tigers mengakui bahawa kurang usaha ketika mengawal serangan balas ke atas lawan menjadi punca skuad negara gagal mendapatkan jaringan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN