KOTA BHARU – Malaysia berdepan masalah kritikal apabila isu kekurangan pakar perubatan jantung masih belum dapat ditangani sehingga kini.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Azman Abu Bakar berkata, berdasarkan rekod, nisbah menunjukkan hanya terdapat tujuh pakar kardiologi bagi sejuta penduduk di negara ini.
“Nisbah kepadatan pakar perubatan jantung atau kardiologi di negara ini adalah 0.075 bagi setiap 10,000 penduduk.
“Ini bermakna jumlah itu bersamaan dengan nisbah 7.5 pakar kardiologi bagi sejuta penduduk. Ia satu jurang angka yang sangat besar bagi pakar sedia ada untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di negara ini,” katanya ketika berucap pada Persidangan Kemas Kini Kardiologi Asia Pasifik ke-11 @USM 2018 mewakili Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad di Hotel Perdana di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.









