Mahmud Abu Bekir kekal bayar mutaah RM30 juta - Utusan Malaysia

Mahmud Abu Bekir kekal bayar mutaah RM30 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan Syariah di sini sebentar tadi mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib berhubung pembayaran mutaah berjumlah RM30 juta terhadap bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Syarie Datuk Yusof Musa dan bersidang bersama Hakim Syarie Saarani Ismail dan Hakim Syarie Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar memutuskan demikian selepas menolak rayuan yang dikemukakan Mahmud Abu Bekir, 55. 

Panel itu turut memerintahkan Mahmud Abu Bekir yang merupakan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud membuat bayaran mutaah itu secara tiga kali ansuran dengan bayaran pertama berjumlah RM10 juta perlu dibuat sebelum atau pada 31 Oktober ini.

Pasangan itu bernikah pada 9 Januari 1992 sebelum bercerai pada 11 Mei 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya Abdul Taib Mahmud yang kini berusia 23 tahun dan bekerja di salah sebuah syarikat milik bapanya.

Pada 10 Mac 2016 , Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak itu membayar mutaah RM30 juta kepada Shahnaz.

Angka tersebut difahamkan merupakan jumlah tertinggi yang pernah diberikan oleh Mahkamah Syariah di negara ini dalam mana-mana tuntutan mutaah.

Mahmud Abu Bekir kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan tiga hari selepas itu.

Namun pada 21 Mac 2016, Shahnaz yang tidak berpuas hati dengan jumlah RM30 juta memfailkan rayuan balas dengan menuntut mutaan sebanyak RM100 juta dengan alasan jumlah yang diputuskan tidak memadai.

Pada 30 Mac tahun sama, Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan penggantungan pelaksanaan perintah pembayaran mutaah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN