KUALA LUMPUR 29 Okt. – Tuntutan harta sepencarian bernilai RM500 juta yang dikemukakan oleh Shahnaz Abdul Majid terhadap bekas suaminya yang juga ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib, ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini. Hakim Syarie, Mohamed Fouzi Mokhtar yang membuat keputusan itu bagaimanapun menyatakan, Shahnaz selaku pihak pemohon boleh memfailkan semula permohonan baharu. Mohamed Fouzi menolak permohonan Shahnaz atas alasan tuntutan harta sepencarian…










