Mahkamah tolak rayuan lelaki disabitkan rogol dalam kereta - Utusan Malaysia

Mahkamah tolak rayuan lelaki disabitkan rogol dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 26 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan seorang lelaki terhadap hukuman ke atasnya selepas disabitkan kesalahan merogol seorang wanita di dalam sebuah kereta empat tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Seri Mariana Yahya selepas mendengar hujah daripada Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa dan peguam Khairul Naim Rafidi.

Mariana berkata, keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini dikekalkan kerana tiada unsur sukarela dalam hubungan seks berkenaan.

“Selepas membuat pertimbangan, saya dapati hakim Mahkamah Sesyen tidak silap dan sabitan adalah betul serta hukuman yang dikenakan adalah wajar.

“Jadi, rayuan perayu ditolak dan sabitan hakim Mahkamah Sesyen Temerloh dikekalkan,” katanya di sini hari ini.

Pada 5 September lalu, Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zin menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan lapan sebatan terhadap Muhamad Khaidzir Lucman, 28, berkuatkuasa pada 5 Disember 2016.

Menurut fakta kes, perayu didapati melakukan rogol ke atas seorang gadis Melayu berusia 19 tahun di dalam kereta jenis Viva di tepi jalan dari Kampung Durian Hijau ke Rumpun Makmur di Jerantut, dekat sini pada pukul 12.30 tengah malam pada 5 Oktober 2014. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN