MADRID 30 Okt. – Hanya dalam tempoh beberapa bulan sahaja, Julen Lopetegui telah kehilangan dua kerja berprofil tinggi dalam bidang kejurulatihan di dunia. Lopetegui secara rasmi dipecat oleh Real Madrid semalam, kurang lima bulan selepas dia dibuang oleh Sepanyol sebelum berlangsungnya Piala Dunia berikutan tidak memberitahu badan induk bola sepak negara itu bahawa dia telah menerima tawaran di Madrid. Keputusan pemecatan tersebut dilakukan selepas lembaga pengarah kelab itu mengadakan mesyuarat,…










