maaf - Utusan Malaysia

maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Artikel-artikel yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 3hb Ogos 2013, bertajuk “Surat Misteri Anwar, Dakwa Penasihat PKR Simpan Jutaan Ringgit Dalam Beberapa Bank Tempatan”, “Rakyat Minta Penjelasan-Mazlan”, “Surat Misteri Dedah ‘Urus Niaga’ Anwar dan Karpal” dan “Laporan Ditulis Bekas Pekerja Karpal Singh” adalah dirujuk.

Terbitan artikel-artikel tersebut memaparkan laporan berkaitan satu sidang media oleh Dr. Maz­lan Bin Ismail (bekas calon Parti Barisan Nasional Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihanraya Umum Ke-13) yang telah diadakan oleh beliau pada 2hb Ogos 2013 (“sidang media tersebut”).

Dalam sidang media berkenaan, Dr. Mazlan telah merujuk kepada sekeping surat yang dikatakan beliau telah diterima bersama dengan beberapa salinan surat yang sama.

Surat berkenaan dikatakan mengandungi butiran yang mendakwa bahawa pihak Plaintif (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah membuat pembayaran sebanyak RM50 juta kepada firma guaman M/S Karpal Singh & Co dengan tujuan menyogok atau merasuah barisan hakim dan pihak pendakwaan sejak tahun 2008.

Kami dengan ini mengesahkan bahawa artikel-artikel berkenaan yang telah disiarkan oleh pihak kami adalah berdasarkan sidang media tersebut tanpa menjalankan sebarang verifikasi atau usul periksa oleh kami. Selanjutnya kami juga mengesahkan bahawa kami telah membuat terbitan tersebut tanpa sebarang asas yang kukuh. Kami juga sedar bahawa artikel-artikel tersebut yang tidak disemak sama sekali oleh pihak kami, telah pun mendapat liputan yang amat luas di kalangan pembaca Malaysia. Kami juga sedar bahawa artikel-artikel tersebut tidak mendapat penjelasan daripada Plaintif. Tambahan juga, kami juga sedar bahawa sebarang tohmahan kegiatan rasuah terhadap badan kehakiman dan mana-mana pihak lain, adalah perkara yang serius yang mana sepatutnya di­sahkan sebelum disiarkan oleh kami.

Kami ingin merakamkan rasa dukacita dan kesal atas kegagalan kami sebagai pihak media, untuk mengesahkan kandungan artikel-artikel tersebut sebelum menyiarkannya. Kami akui bahawa penerbitan artikel-artikel berkenaan telah mendatangkan kesan negatif serta menjejaskan reputasi Plaintif serta pihak-pihak yang lain yang disebutkan dalam artikel-artikel tersebut.

Dengan itu, pihak kami menarik balik kenya­taan terhadap Plaintif tanpa sebarang syarat.

Kami dengan ini ingin memohon maaf kepada Plaintif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN