Lorenzo nekad kembali di GP Malaysia - Utusan Malaysia

Lorenzo nekad kembali di GP Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pelumba Ducati, Jorge Lorenzo selamat menjalani pembedahan pada pergelangan tangan kiri kelmarin dan meluahkan ke­terujaannya untuk kembali ke litar pada GP Malaysia minggu depan.

Kemalangan yang dialami Lorenzo pada sesi latihan bebas kedua di Litar Antarabangsa Chang, Buriram pada GP Thailand tiga minggu lalu telah memaksanya untuk pulang ke Sepanyol bagi mendapatkan rawatan dan menjalani pemulihan.

Pada perlumbaan GP Jepun di Litar Motegi, Lorenzo hanya sempat mencuba sesi latihan, namun Lorenzo hanya menghabiskan dua pusingan sebelum memutuskan untuk mengundurkan diri kerana mengalami kesakitan dan perlu menjalani pembedahan, sekali gus turut terlepas aksi GP Australia minggu ini.

Juara dunia tiga kali MotoGP tersebut dibedah oleh Dr. Xavier Mir di Dexeus Clinic di Barcelona bagi memperbaiki ligamen pada pergelangan tangan kirinya dan kini sudah dibenarkan pulang untuk berehat.

Bagaimanapun, sekiranya kecederaan pelumba ber­usia 31 tahun itu tidak pulih dalam masa lima atau enam hari, Lorenzo diminta untuk menunda penampilannya sehingga MotoGP Valencia dua minggu kemudian.

“Saya ingin berterima kasih kepada doktor yang merawat saya. Saya harap dapat segera pulih agar dapat berlumba di Malaysia dan tamatkan musim ini de­ngan penuh bergaya,” katanya. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN