Lockheed Martin perkenal kapal angkasa mendarat di bulan - Utusan Malaysia

Lockheed Martin perkenal kapal angkasa mendarat di bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 3 Okt. – Syarikat aeroangkasa, Amerika Syarikat (AS), Lockheed Martin semalam memperkenalkan kapal angkasa terbaharu yang boleh mendarat di permukaan bulan.

Syarikat itu turut merancang menghantar angkasawan ke bulan buat pertama kali sejak 1972 sebagai langkah awal untuk menerokai Marikh, iaitu sebahagian daripada dasar rasmi AS yang ditetapkan oleh Presidennya, Donald Trump.

Bagi merealisasikan matlamat ini, Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) meminta pengeluar industri angkasa lepas membentangkan rancangan membina sebuah stesen angkasa lepas yang mengelilingi bulan, dikenali sebagai Lunar Gateway dan juga kapal angkasa yang akan mendarat di bulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Stesen angkasa lepas itu dirancang dibina dengan bantuan negara-negara lain pada 2020-an dan mampu memuatkan empat orang menjelang 2026, mengikut kalender NASA pada Ogos lalu.

Kapal angkasa Lockheed Martin direka untuk berulang-alik di antara permukaan Bulan dan mengorbit Lunar Gateway itu diperkenalkan ketika Kongres Angkasawan Sedunia di Bremen, Jerman.

Kapal angkasa itu boleh memuatkan empat penumpang, membawa satu tan peralatan dan boleh tinggal di bulan sehingga dua minggu tanpa mengisi semula minyak sebelum kembali ke stesen.

Secara kasarnya, kapal ang­kasa berkaki empat itu kelihatan seperti kapal angkasa digunakan angkasawan pertama yang berjalan ke bulan pada 1969 tetapi versinya lebih tinggi.

Sebelum itu, NASA mahu menghantar angkasawan me­nge­lilingi Bulan selama lapan hari pada 2023 dengan menaiki kapal angkasa The Orion, kapal angkasa keluaran Lockhee Martin.

Kapal angkasa tersebut akan dihantar ke angkasa lepas menggunakan Sistem Pelancaran Ang­kasa Lepas (SLS), masih dalam pembinaan dan direka agar menjadi roket paling berkuasa pernah dibina. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini