PUTRAJAYA 29 Okt.- Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas di perairan Kerawang, utara Pulau Jawa, Indonesia. Kementerian itu dalam kenyataanya berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta selepas pihaknya mendapat butiran terperinci daripada pihak berkuasa tempatan. “Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan. Pihak kedutaan akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi…










