Lima lelaki menyamar polis ditangkap - Utusan Malaysia

Lima lelaki menyamar polis ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 12 Okt. – Walaupun masih muda, sekumpulan lima lelaki berani menyamar dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis untuk menyamun pekerja warga asing di asrama dan rumah kongsi mereka di sini.

Bagaimanapun, kegiatan jenayah mereka terbongkar apabila kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 hingga 23 tahun ditangkap dalam serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, modus operandi kumpulan yang memakai ‘vest’ polis itu ialah memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis sebelum menyamun wang dan telefon bimbit mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kumpulan itu juga tidak teragak-agak untuk menggunakan kekerasan sekiranya mangsa-mangsa yang cuba disamun itu bertindak melawan mereka.

“Sejak Januari lalu sehingga kini, terdapat sembilan kes samun dengan menyamar sebagai pegawai polis di daerah Ipoh. Modus operandi kumpulan ini ialah dengan membuat pemeriksaan di asrama atau rumah kongsi pekerja asing sebelum menyamun.

“Hasil risikan dan siasatan yang dijalankan berjaya menahan seorang lelaki pada 2 Oktober lalu manakala tiga lelaki lain pula keesokkan harinya dan suspek kelima ditangkap pada 6 Oktober lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini