Lima beradik melecur akibat rumah terbakar - Utusan Malaysia

Lima beradik melecur akibat rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Lima beradik melecur selepas rumah didiami mereka sekeluarga dijilat api dalam kebakaran di Jalan Berlian 10, Taman Nora, Ulu Tiram di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, kanak-kanak terbabit, Mohd. Firdaus M. Nasir, 5, dan kakaknya berusia tujuh tahun dilaporkan melecur kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI)  di sini.

Tiga lagi adik-beradik mereka, Mohd. Faris, 6, Aulia, 3 dan Mohd. Firahh setahun enam bulan turut cedera dan dirawat di hospital yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Mohd. Sufian Mohd. Lis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.21 pagi sebelum bergegas dengan dua buah jentera bersama sembilan anggota.

“Sejurus sampai ke lokasi kejadian, pihak kita mendapati rumah teres dua tingkat didiami mereka terbakar 50 peratus dan api telah padam ketika bomba sampai.

“Kesemua kanak-kanak terbabit dibawa ke HSI oleh ibu mereka. Bagaimanapun pihak kita terus melakukan operasi sehingga mendapatkan maklumat mangsa di hospital,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Sufian berkata, punca kebakaran dan kerugian sebenar masih dalam siasatan pihak bomba. – K! ONLINE.

BAKAR
Kesemua lima beradik itu kini dirawat di HSI.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini