TANJUNG MALIM 17 Okt. – Penglibatan ketara orang Islam dalam golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berpunca daripada hilangnya pertimbangan akal selain pendidikan masa kini yang tidak menjurus kepada mengenal Allah. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, manusia digalakkan untuk sentiasa menghidupkan akal agar dapat melihat kebesaran Allah tetapi apabila ia rosak, perkara itu membawa kepada penyelewengan dalam agama. Menurutnya, kewujudan LGBT bukanlah sesuatu yang baharu kerana beliau…










