JOHOR BAHRU 26 Okt. – LG Electronic (M) Sdn. Bhd. membuka kedai jenamanya yang kelapan di negeri ini menerusi kerjasama rakan niaga mereka di Bandar Permas Jaya di sini.

Pengarah Urusannya, Kim Kyutae berkata, SS Audio merupakan kedai ke-28 LG di negara ini.
Menurutnya, LG Malaysia menyasarkan untuk membuka sebanyak 33 kedai seumpama itu di negara ini menjelang akhir tahun ini.
“Kita mahu terus berusaha meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk LG sekali gus mahu menarik lebih ramai rakyat negara ini menggunakan pelbagai barangan keluaran syarikat LG.
“Atas sebab itu, kita menyasarkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun, setiap bandar utama di negara ini akan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kedai jenama kami,” katanya kepada pemberit selepas majlis perasmian SS Audio di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir, Pengarah SS Audio, David Kee; Pengurus Besar (Jualan) LG Malaysia, Patrick Seow dan Pengurus Besar (Pemasaran) LG Malaysia, Kong Mun Keen.
Kyutae berkata, dengan perkembangan itu, pihaknya merancang untuk membuka sekurang-kurangnya 10 kedai jenama itu pada tahun depan dan menyasarkan setiap bandar utama di negara ini mempunyai sebuah kedai jenama itu dalam tempoh tiga tahun. – UTUSAN ONLINE










